AKU..ABAH DAN SEGALANYA..BERUBAH..
2008..
Assalamuaikum mama, abah makan belum?
Emak : Dah, baru lepas makan.tu pun makan sikit jer. Adik x
bawak abah g kuar makan ke jap ag?
Aku : Jap ag adik balik la bawak abah g makan.ngah lepak dgn
kwn adk ni
Emak : Ha cepat sikit balik. Tut tut tut (talian putus), biasa la peragai mak aku ckp msti dia yg tutup tel dulu..
[Time bersantai dengan kwn2]
Aku : Hang taw x, tibi ni sebenarya sakit apa, kuman kat
jantung kan?
Kwn : Aku pun x pasti la, tp dengan kata leh berjangkit kan?
Ang dengan ayah ang rapat betul. X tkt brjgkit ke? Pas tu ang kata doctor kata
ayah ang ada 3 bulan je lagi?
Aku : Doctor tu bukan tuhan yang taw bila seseorang tu nak
meninggal. Lg 1 nak habaq mai, sakit berjangkit ka apa ka, dia ayah aku, aku
rapat dgn dia, dia jaga aku dr kecik sama mcm mak aku jgk.
Kwn : ang taw x apa kelebihan hang anip?
Apa dia???
Kelebihan hang, teruk2 bahasa hang kdg2 tggi suara dgn mak
ayah ang, tp ang jaga diorg betul2, tu yang aku tabiklah kat ang taw x. Byk org
ckp ang rapat dgn mak ayah ang.
Tahun demi tahun seterusnya..
[Lepak dgn kawan2]
Aku sambil layan hisap shisha.. wap shisha berkabus di
keliling kawan2 ku
Kwn : Weh weh weh, agak2 r, hembus tempat lain, tempat
lain.
Aku : Aku baru nak layan kot..bertimbang rasa la sikit..(nada
malas)
Kwn : Xleh xleh xleh, aku serius ni, (smbil tangan
berkibas2 mghalau asap/wap shisha)
Tapi ni tempat shisha kot..standart la asap2/wap2 ni..isap
shisha hembus sikit pun x leh..
Kwn : X de r ko mcm x tahu doh, asap shisa lg bahaya dr
rokok, shisha ni bahaya kot.
Bahaya? Ada orang isap rokok la + shisa lagi hidup bratus
taun la, org yg jaga kesihatan bersenam semua hidup sat ja.
Kwn : Tp still taw ko main dgn risiko ni.
Risiko apa yang hang habaq cerita ni? Yang hang tu duk pakai
spenda, makan meggi, duk pakai laptop, hp bagai semua, hang ingat xda risiko
cansel?
Kwn : Tp benda tu haram XD
Aku : Hang semua benda haram =.=’ sib bik aku leh enjoy kat
pub ke club ke. Club dgn pub tu separuh dr hiburan je kan sahabat ku kan XD
Kwn : Tp serius weh duit ang byk habis kat pelik2 mcm cc,
shisha, kuar dr perak g merata2, duit tu ang leh simpan kasi mak ayah ke,untuk
ang ke.
We hang taw x, aku g cc kdg2 aku keje, duit jrg la jgk aku
kasi mak ayah, tp aku x mintak duit kat mak ayah aku mcm budak2 dlm cc yg x
guna tu, shisha aku skali skala kire ok la dr x jd perokok tegar, yg aku slalu
kuar tu, x kan aku nak terperuk je kat taman gile mewah sgt ni dgn Bandar Taiping yg dah aku jemu tgok taman tasik taiping dgn zoo taiping je daaa =.=
Taiping..
Lepak dgn kwn yg baru frust putus dgn gf dia
Aku : Weh releks la,sambil hulur paip shisha kat kwn ku.
Kwn :Lah..benda ni bukan boleh ubah aku dapat balik dgn gf
aku pun.
Aku : Mmg la x leh ubah,tp skurang2 nya leh buat ang ilang
tension, kita dua mmg x isap rokok, so layan la shisha, lg pun alah benda kecik je
pun gf je pun.
Kwn : Tp aku x nak mati awal isap benda ni, aku syg doh gf
aku ( poyo XD )
Mati lambat ke mati awal ke everybody’s going to die anyway
lalala.
Kwn : Pe kata ang amik brg (ice,batu, phm2 la kan) lg sempoi
weh.
Aku : Oi pandai, tu nak bunuh diri namanya, nama pun dadah.
Kwn : But.. everybody’s going to die anyway..
Not bad… ok disebabkan ang kata shisha ni haram, pe kata kita
jalan2 je tgok kalau2 ada club ke pub ke,pub lg elok kot? lorong2 hot girl ke,
saje tgok2 je for fun la kan.untuk ilangkan kesedihan ang yg sedih la sgt ni
kan, aku drive tepi2.
Kwn : Eh eh, tp
tempat2 mcm tu haram r
Sapa kata?
Kwn : Ustaz aku la kata
Tp ada ustaz kata boleh? (x haram, makruh, slagi x buat
kerja2 haram)
Kwn ; Ustaz yg kata boleh tu salah la kot.
Kalau ada 2 2 pendapat berbeza 1 kena betul 1 kena salah ek?
X boleh ke 2 2 betul? (sama la jwpan)
Kwn : pe maksud ang?
Ye la, 2 2 ustaz kot, x leh ke 2 2 pendapat betul@sama
walaupun diorg berbeza..
Kwn : mstila yang lagi tegas@straight lagi betul
Ooo..kira agama ni kira lagi tegas@straight lagi betul la?
Kwn : emm. Ishhh weh..tp aku ada benda pelik lah.. (aku: pa
dia?) mcm mana aku tgok ang hari2 semagat ah? Sedangkan ibadat xde pun..
Aku : sebab ang bergangtung sgt kat tuhan, bila dia x bagi
ang marah, ang tension. Aku x bergantung kat sapa2 pun. Aku jenis piker positif
ja (+) aku pk apa2 jd kat idup aku, mesti ada sebab di sebalik kejadian tu.
Jadi idup aku senang.
Kwn : jadi org ckp lagi bayak beribadat, kalau lg dekat dgn
tuhan, lg hati kita tenang ke?
Kalau hati hang ikhlas. Come on la weh, tuhan x
penah salah kot, dia dah atur semua elok2 kot. Sbb tu nama dia tuhan
Rumah
Ma bagun2 subuh, kejut abah skali
Emak : awal bagun? Dah solat?
Aku : adik dah bertaubat sikit da..blom
Emak : tgok bola la tu smpai x tido, bola minat, solat x
minat, iask adik adik
Aku : bola minat, solat adik x berapa nak minat lg, pintu
hati x terbuka lagi.
Emak : jgn smpai tuhan x minat kat diri adik tu dah.terus
cabut nyawa adik kang sudah
Slama ni adik x solat tuhan minat je kat adik hehe (melawak
kecil)
Emak : cakap main2 plak budak ni, tah2 bukan minat tp tuhan
kesian kat adik jer iyee.hishhh
Dua hari sebelum 1st puasa tahun 2012 aku balik
dari johor bharu (pergi rumah family gf) biasa la kan 1st day puasa
mesti la nak puasa dgn famly sendiri. Rindu mak ayah, time 2 abg aku no 2 pun
ada kat rumah, yg kakak n abg no 1 biasa la bz x leh balik rumah bz keje je kat
kl, penang tu.
Mak aku pernah kata kat aku, abah pernah cerita lau abah nak
meninggal, dia nak meninggal kat rumah sendiri & time bulan puasa.. what?
Puasa ke-2
3am-4am
Adik adik!! Tgok abah sakit teruk ni!, mak telefon pak cik
jap!
Aku: sakit biasa la kot sbb td elok je, just biasa la org
berusia sikit batuk2 tu dah biasa. (aku stil dlm bilik. 5 minit kemudian aku
dengar siren ambulan. Ehh serius sgt ke?
TUK TUK TUK pintu bilik ku berbuyi
Anip anip! Tgok ayah ni meh, pak cik takut abah tenat ni.
Aku keluar terus ke bilik ayah ku, doktor2 segera bercakap, dik cepat dik
mintak maaf kat ayah, halal mkn minum dn ajar mgucap. Air mata ku jatuh ke
bumi, segera aku genggam tgan ayah ku, aku x percaya? Baru lepas aku berbuka
aku tgok ayah ku masih sihat, dengan air mata mengalir laju, sambil
emak membisik kalimah ucapan 2 kalimah syahadah, aku sedikit menjerit kpd ayah
ku.
Abah abah! Bagun abah!! Adik nak bawak abah g makan ni!!
Abah bagun abah!!....
Selepas selesai solat subuh di masjid berdekatan, semua
Jemaah masjid dtg ke rumah membaca yasin dan tahlil,jenazah ayahku selamat
dikebumikan di tanah perkuburan islam berdekatan taman ku.
Hidupku...
Kwn2 ku sedar sikap ceria ku kini berubah..dr ceria jd
sebaliknya..
Kwn : weh nape ni, benda dah lepas kan, byk kan berdoa k, lau
ada masalah share dgn aku@org lain,kwn2 sentiasa ada kat sisi ko ni.
SHARE!!? SHARE DGN SAPA? Dlm hidup aku x da sapa2 kot.. ang
semua ada mak bapak adk bradik semua ada! aku ada dia ja. tu pun sakit (TIBI), tp aku bersanggka baik kat
tuhan,aku bersyukur semua, aku kerja dekat2 dgn rumah sng aku nak jaga, bwk
ayah aku makan, jalan2 tiap2 hari. Tu ja yg aku nak! Tu pun tuhan teringin nak amik
drpd aku.. dia mmg xnak aku ada apa2 ka.
Kwn : heh, jgn kata mcm tu..
Aku x kacau sapa2 pun..ada byk org jahat kat luar sana tu,
asal diorg hidup hapy je dgn fmly depa. Asal tuhan x amik je nyawa fmly depa.
Awat aku.. awat aku..
Aku x leh hidup sorg mcm ni..
Kwn : mmg x boleh, slagi kau x bergangtung pada yg x mati.
[Hidup kita sememangnya bergantung pada yang hidup, dan kenangkan yang sudah pergi. Al-fatihah buat ayahku ISMAIL BIN ITAM, i miss u..]
[Kepercayaan tanpa Rasional – Buta]
[Rasional tanpa Kerpercayaan – Kontang@kosong]
Sayangi keluarga anda sebelum tiada, ada hikmah di sebalik
setiap kejadian, allah munkin menyanyangi si dia, tersenyum lah kerana azab
sakit di dunia tidak lagi ditanggung oleh dia. Semoga ayag ku tenang di sana
dan dicucuri rahmah. Amin Amin yarobbalalamin
Sedikit demi sedikit aku ingin berubah diri ku menjadi yang
terbaik buat mu ya allah. Hati ikhlas ok semua. Salam :)
No comments:
Post a Comment